Tuesday, 2 September 2014





PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA

Pengenalan
     Nasionalisme adalah sentiment di kalangan penguhni atau sesuatu wilaya yang tiertentu apabila timbul perasaan cintakan bagsa dan Negara sendiri yang mendalam atau semangat kebangsaan.perasaan ini dilihat apabila rakyat sesebuah wilaya itu menggunakan lambang-lambang tertentu sempadan dan ibu kota bagi menentukan taraf bangsa,bahasa kebangsaan,ekonomi,kebudayan dan kesenian,bendera,lagu kebangsaan dan lain-lain (ABDUL LATIF ADU BAKAR 1998).
     Selain itu, kesedaran individu atau kumpulan akan kealiannya dalam sesebuah Negara serta keinginan untuk memperkukukan kebangsaan mempertinkatkan kemakmuran.Disamping itu,indivuidu atau kumpulan ini akan merasa yang mereka mempunyai taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap Negara. nasionalisme menurut Islam pula Iqbal dan Faruqi yag bermaksud menolak fahaman nasianalisme kerana beranggapan nasionalisme adalah sejenis ethnocentrism yang akan melahirkan racism yang angku dan Nasionalisme yang memberi manfaat kepada bangsa dan selagi tidak meelibatkan kezaliman diterima oleh Islam. Nasionalisme menurut Melayu,nasionelisme melayu khas untuk orang Melayu sebagai manifestasi cetusan rasa dan keinsafahan bangsa melayu menurut Musa Hitam(1986) dan manakalah menurut Dr.Burhanuddin Al-Helmi(1954) “Kebamgsaan kita M elayu yang memelihara dan menghidupkan hak kebangsaan Melayu…”selain itu beliau menolak fahaman nasinolisme bersifat assabiyah 9berpuak-puak dan bamgga dengan puak masing-masi

1.Gerakan nasionalisme di Malaysia sebelum perang dunia ke dua.

a.(i) Faktor gerakan nasionalisme semasa pemerintahan Portugis

 Penindasan dan penyelewangan penjajah terhadap penduduk tempatan.Dasar penjajahan yang mengabaikan kepentingan rakyat adalah antara faktor yang menyebapkan gerakan nasionalisme berlaku.

(ii) Nasionalisme semasa pemerintahan Portugis

   Bermula dengan pencerobohan Portugis di Melaka pada tahun 1511.Sultan Mahmud ,Pateh Kadir,Patih Unus(Kerabat diraja jawa)perna mencobah menentang portugis untuk merampas Melaka semula tetapi malangnya gaggal.Sehinggala pada tahun 1641,Tun Jenal putera kepada Tun Sri Lanang baejaya mengalakan Prtugis di Melaka.Tun Jenal berjaya mengalakan Portugis atas bantuhan daripada Belanda.Walaubagaimanapun Melaka pula jatuh di tangan Belanda.Sejak Melaka jatu di tangan Belanda bebrapa pejuangan telah brrlaku antaranya ialah perjuangan Raja Haji yang ingi merebut kemerdskaan dari Belanda.



   Perjuangan Raja Haji pada tahun 1874 untuk merebut kemerdakaan daripada Belanda,tetapi beliau gagala untuk merebut kemerdakaan dripada Blanda.Beliau telah gugur di Teluk Ketampan Melaka.

b.(i)  Faktor menyebabkan gerakan nasionalisme sebelum perang dunia ke dua semasa pemerintahan British.

  Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di daerah tersebut. Contohnya,  apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti kepada mereka.
 Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.  Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah di jalankan .
 Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
   Campur tangan British dalam adat resam tempatan. British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.Contohnya,di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
    Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.
     Kesulitan hidup penduduk tempatan yang menyebabkan  penentangan pemimpin tempatan dan mendapat sokongan anak buah mereka. Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka.

(ii)  Penentangan semasa pemerintahan British sebelum perang dunia ke dua.

    Selepas perjanjian Inggrish Belanda  antara di antara British dengan Belanda pada tahun 17 Mac 1824.Pada perjanjian itu Blanda bersetuju menyerahkan Melaka ke pada British dan sebagai balasannya pihak British bersetuju menyerakan Bengkahulu atau Bangkahulu kepada Belanda.
  Semasa pemerintahan British di Tana Melayu,Singgapura,Sabah dan Sarawak timbus semangat Nasionalisme di kalangan rakyat tempatan kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan British.


        Antara pejuang yang telah menentang British di Tana Melayu ataranya Datuk Naning Abdul Said atau lebih dekenali sebagai Dol Said,pahlawan yang menentang undang-undang British terutama cukai yang di perkenalkan pada tahun 1800-an.British mengarakan Naning mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di Melaka,tetapi tidak di turuti oleh Dol Said kerana mengangap Naning deara berdaulat.Berikutan itu,British menhistiarkan Dol said penderhaka dan telah manghantar 150 orang menyerang Naning tetepi gagal kerana di tewaskan oleh serangan gerila oleh pengikut Dol said dan di bantu oleh Yamtuan Muda Raji Ali dari rembau serta Seri Meanti pada tahun 15 julai 1832.Pada Mac 1832,tentera Britisa telah menawan Taboh serta membakar rumah penduduk di situ.Dol Said berundur ke Seri Menanti dan menyera diri.
         

         
   Selain itu, Mat Hassan Munas atau Tok Janggut, pahlawan Melayu tersohor menentang British di Kelantan. Dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh pada 1853 dan menetap di Kampung Nering, mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah, kemudian menjadi petani serta peniaga selain mahir ilmu persilatan, menentang Inggeris pada awal 1900-an antaranya kerana cukai membebankan. Tok Janggut terkorban dalam serangan British ke kubu beliau di Kampung Dalam Pupuh, Saring pada 24 Mei, mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu sebelum digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat hari dan dikebumikan di Pasir Puteh.
        


      Yamtuan Seri Menanti pada 1875, wilayah jajahan meliputi Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Penentangan bermula apabila baginda tidak bersetuju dengan Datuk ’ Kelana Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan Inggeris. Pertikaian mengenai kawasan Terachi mencetuskan pertempuran. Yamtuan Antah disokong Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol, menawan Paroi dan membina kubu pada Disember 1875, namun berjaya ditawan semula Inggeris. Baginda berundur ke Bukit Putus dan Johor dan pada Mei 1876, Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor William Jervois sebelum diiktiraf British sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

.
                                                          

     Datuk Maharaja Lela adalah Orang Besar Berlapan dan penghulu di Pasir Salak menentang British pada 1875, merancang membunuh Residen British Perak, James Wheller Woodfird Birch atau JWW Birch selepas ketuanan Melayu dicabar. Pada 2 November 1875, Birch tiba di Pasir Salak untuk menyiarkan surat pengisytiharan hak memungut cukai, tetapi mati dibunuh. British menyerang Pasir Salak, namun ditewaskan pejuang Melayu, tapi akhirnya menang dalam pertempuran setengah tahun dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong. Maharaja Lela, Datuk Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati pada 1877 manakala Sultan Abdullah dibuang negeri ke Seychelles.


       Datuk Bahaman nama sebenarnya Abdul Rahman Iman Noh, pembesar Temerloh menentang British di Pahang. Dilahirkan di Rantau Panjang, Bentong namun banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali, ayahanda Sultan Ahmad. Karisma dimilikinya menyebabkan Datuk Bahaman disegani dan dihormati penduduk dan pemerintah Pahang sehingga dilantik mentadbir Semantan dan menjadi salah seorang daripada Orang Besar Delapan Pahang. Selepas empat tahun menentang penjajah dari 1891 hingga 1894, Datuk Bahaman ditahan dan dibawa ke Bangkok pada November 1895.


                                                         
     Abdul Rahman Limbong nama sebenarnya Haji Abdul Rahman Abdul Hamid, menjadi peguam untuk membela penduduk teraniaya serta menentang penjajah di mahkamah. Perjuangannya bermula awal 1920-an, antara puncanya apabila Inggeris melarang pemburuan haiwan liar pada 1923 dan memperkenalkan peraturan baru tanah pada 1924. Inggeris menuduh Abdul Rahman menghasut rakyat sehingga tercetus pertempuran di Padang Kacong dan atas nasihat Datuk Seri Amar Diraja Ngah Muhammad, Abdul Rahman dihukum buang negeri ke Singapura seterusnya ke Makkah pada 1928 sebelum meninggal dunia akibat sakit pada 6 November 1929.



          Sharif Masahor ialah Pembesar Sarikei di Sarawak menentang Inggeris selepas kewibawaan beliau tergugat apabila wilayah itu diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pada 1855, Sharif menyerang Mukah, mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. Beliau berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk menghalau Brooke dari Sarawak dengan menyerang Kanowit pada 1856 sebelum berpakat dengan Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong pada 1860 bagi menyerang Kuching, namun gagal. Abdul Ghapur ditahan dan dipenjarakan di Betawi, kapal dan perahu dinaiki Sharif yang bertempur dengan tentera Inggeris di Sungai Sadong ditenggelamkan, menyebabkan beliau berundur ke Mukah.pada tahun 1841 Brooke mula menjajah Sarawak ,pada tahun 1849 Sharif Masahor dilantik Gabenor Sarikei ,pada tahun 1855 Penentangan Sharif Masahor bermula dengan menyerang Mukah ,pada tahun 1859  Serangan terhadap kubu Kerajaan Brooke di Kanowit ,pada tahun 1860 Pertempuran di Sungai Sadong ,pada tahun 1861 Sharif Masahor ditangkap dan dibuang ke Singapura dan pada tahun 1890 Sharif Masahor meninggal dunia.



                                                  
   Rentap menentang  James Brooke pada abad ke-19. Atas alasan mahu menghapuskan lanun sekitar Saribas dan Skrang, Brooke memusnahkan penempatan Iban di Sungai Skrang dan mendirikan kubu di Nanga Skrang. Pada 1853, Rentap menyerang kubu itu sebelum Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang pada 1854, membakar perkampungan pahlawan itu sehingga memaksa pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok.
Inggeris gagal menawan Bukit Sadok dalam serangan pada 1857 dan 1858, menyebabkan Brooke sendiri mengetuai serangan pada 1863 dan menewaskan Rentap dalam pertempuran sengit selama sebulan. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru, tapi meninggal dunia.


    Datu Mohammad Salleh Datu Balu atau Mat Salleh dilahirkan di Inanam, Sabah. Pejuang berketurunan Bajau dan Suluk ini menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) pada 1895 yang memperkenalkan pelbagai peraturan menyusahkan penduduk tempatan seperti buruh paksa, lesen dan cukai beras. Perjuangan beliau juga didorong semangat jihad orang Sulu melawan Sepanyol di Filipina. Beliau terkorban selepas SBUB melancarkan serangan besar-besaran pada Januari 1900 di Kampung Teboh, Tambunan. Perjuangannya diteruskan dua pengikut, Mat Sator dan Kamunta, tetapi SBUB menghentikan kebangkitan pengaruh Mat Salleh pada Julai 1902.Antara syarat perjanjian damai British-Mat Salleh pada 19 April 1898.British berdamai dengan Mat Salleh pada April 1898. Satu rundingan diadakan dan penjajah bersetuju memberi kuasa kepada pahlawan Sabah mentadbir Tambunan.Mat Salleh dan pengikutnya yang menentang British diberi pengampunan.Penduduk di Sungai Inanam yang dikeluarkan dari tempat itu oleh kerajaan dibenarkan kembali selepas kekacauan di tempat itu dapat dihentikan.Mat Salleh dibenar menetap di Tambunan dan lain-lain daerah di pedalaman kecuali di Sungai Sugut dan Sungai Labuk. Beliau juga diminta memberi kerjasama dan mengarahkan pengikutnya mengikut arahan dan peraturan kerajaan.Mat Salleh diminta membantu kerajaan menangkap sesiapa saja yang melakukan kesalahan dan melaporkan kepada kerajaan segala pergerakan yang dilakukan olehnya.


 Ontoros Antanom adalah palahwan Murut ini hanya berusia kira-kira 30 tahun ketika memimpin kaumnya menentang British di Sabah pada 1915. Dilahirkan di Masinpunon di Sungai Salarom pada 1885 dan berketurunan Murut Tagol, Antanom dibesarkan sebagai `kalawon' atau pahlawan gagah dan berani. Antara punca kebangkitannya apabila Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mengenakan cukai membebankan penduduk, mewujudkan larangan peraturan membuka tanah baru, memaksa orang Murut menjadi buruh paksa dan menceroboh hutan untuk pembinaan jalan. Pada Februari 1915, beliau menyerang bangunan kerajaan di Pensiangan dan membakarnya serta menyerang Rundum pada Mac tetapi terkorban.


2. Gerakan Nasionelisme sehingga perang dunia ke dua.

a.  Faktor-faktor pemangkin nasionalisme 

  Pengenalan Sistem Politik Barat yang di perkenalkan oleh British.British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka
  Perkembangan Sistem Pendidikan yang  telah menjadikan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
   Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut. Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
    Penguasaan Parti Komunis Malaya,Parti Komunis Melaya  telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota Parti Komunis Malaya.
   Kemunculan Mesin Cetak memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan.
  Gerakan Pan-Islamisme Sedunia ialah gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia. Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir. Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan. Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
   Kesedaran politik Serantau juga antara sebap pemangkin semangat nasionalisme.Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh masyarakat tempatan.
    Gerakan Islah adalah gerakan yang mendorong membetulkan pandangan islam masyarakat Melayu yang di bawa oleh Kaum Muda antara tokanya ialah Sheikh Tahir Jaludin,Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanudin al-Helmy .Mereka menyampaikan Isu antaranya menyampaikan idea ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia ,menggesa orang Melayu memajukan ekonomi ,menyemat sikap mengkritik penjajah dan mengkritik raja dan pmbesar yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.Tetapi di tentang oleh ditentang oleh Kaum Tua,negeri-negeri Melayu mengeluarkan undang-undang menghalang Kaum muda dan risalah dan buku dilarang bawa masuk.Hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat
 Kemunculan persatuan-persatuan Melayu seperti Kesatuan Melayu Singgapura(KMS),Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM),Persatuan Negeri-Negeri,Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak(1939),Kesatuan Melayu Muda(KMM) dan Kongres Melayu 1939 dan 1940.

b.    Gerakan nasionalisme semasa Pendudukan Jepun.

      Dasar pemerintaan jepun telah mengharamkan akhbar dan telah menukarkan nama akbar tempatan kepada nama jepun.Jepun juga telah menyekat kebebasan bersuara penduduk tempatan dan semua Sekolah menggunakan bahasa jepun sebagai bahasa pnghantar.
     PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang jepun dan di sokong oleh British dengan memberi bantuan senjata dan menjalankan serangan perang gerila menantang Jepun.Antara ahli MPAJA terdiri daripada orang Melayu,Cina dan India.
    Force 136 terdiri daripada pegawai-pegawai pentabir Melayu telah bererjasama dengan British.Force 136 bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah,Johor dan Pahang.
     Pasukan Watania yang merupakan antara pasukan yang menentang Jepun.Angota Pasukan Watania terdiri daripada guru,pegawai pentabir kerajaan dan orang kampong yang sedar penindasan Jepun.

    KMM mempunyai matlamat untuk menubuhkan Negara Melayu Raya atau Indonisia Raya.Slogan dan cita –cita politik sebahagian kecil orang Melayu yang mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti Majapahit,Srivijaya atau empayar Melaka.Idea negara besar Melayu ini brmula di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh Abdul Hadi Hasan. KRIS ditubuhkan sebagai badan melaksanakan tugas dan Kongres Pemuda KRIS diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia. Kekalahan Jepun yang mendadak, menyebabkan Soekarna mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal iaitu 15 Ogos 1945 dan menyebabkan persidangan KRIS dibatalkan.Jadi, kemerdekaan di bawah Indonesia dalam gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya gagal.British kembali menguasai Tanah Melayu pada September 1945.